Jumaat, 4 Januari 2013

2013




Assalamualaikum wbt..

Salam permulaan tahun kepada semua.. Alhamdulillah dgn izin Allah SWT dah selamat kta menjejak kaki ke tahun baru 2013 (1434-1435H).. semoga tahun 2012 yg lepas banyak membantu kita dalam menempuh hari-hari didalamnya..

Sedar tak sedar dah hari kelima dah kita dalam tahun nie.. page 5 of 365 days.. macam mana tingkahlaku kita sekarang..masih sama macam 2012 ke.. kalau sama yg baik alhamdulillah la.. kalau masih sama yg negatif nya.. agak sedih lah... masih tak terlambat untuk berubah..

ambik harinie sebagai permulaan sesuatu yang baik... mulakan setiap perkara yg dilakukan dengan ikhlas krn Nya... tak kisah la masih belajar atau dah bekerja... semuanya kita jadikan sebagai ibadah kepadaNya.. Ialah,, kalau nk diharapkan dgn solat 5 waktu je mana nak cukup membawa ke ke Jannah yang kekal abadi... jadi kita gunakan waktu belajar dan kerja kita sebagai ibadah kepadaNya barulah mendapat pahala yg berterusan.. InsyaAllah..

aQ bukan saja menasihati orang lain tapi aQ bercakap ni juga khususnya utk diri aQ yg teramat hina ini.. sapa lah aQ jika nak dibandingkan dgn orang-orang lain... tapi aQ jenis yg tak suka nak dijadikan perbandingan antara orang lain.. kerana bagi aQ masing-masing ada kelebihan dan keburukan nya... cuma yg pentingnya bagaimana seseorang itu meneruskan kebaikkan yang ada dalam dirinya dan membuang keburukkan yang ada.. insyaAllah itu lah gunanya kawan-kawan (bagi yang tinggal jauh dgn parents mcm aQ nie) yg sama-sama serta saling ingat mengingati antara satu sama lain agar kita smua tidak jatuh kelembah kehinaan yang dikeji oleh manusia serta Allah azza wa jalla..

Okey lah...cukup lah sekadar itu.. nak cakap banyak-banyak pun susah org nk paham pulak.. biar sikit asalkan intipati nya dapat difahami seterusnya dapat dipraktikan oleh manusia smua.. (dah macam buat karangan dah aQ nie)

Wasalam....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan